fbpx

Puteri Kate muncul di khalayak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Wales menaiki sebuah kenderaan ke Istana Balmoral, Scotland. - Foto Northpix

EDINBURGH, Scotland – Gambar isteri pewaris pertama takhta Britain, Puteri Kate Middleton yang menghidap kanser dirakam ketika beliau dalam perjalanan menuju ke Crathie Kirk di Istana Balmoral, Scotland, lapor akhbar Daily Express UK semalam.

Puteri Wales itu kelihatan bersemangat ketika beliau dibawa pergi ke gereja dengan menaiki sebuah kenderaan oleh suaminya, Putera William.

Beliau dirakam memakai topi warna coklat tua bersama baju kot.

Anak pasangan diraja itu, Putera George, 11, Puteri Charlotte, 9, dan Putera Louis, 6, turut bersama mereka pergi ke gereja itu buat pertama kali.

Lebih 100 tahun lalu, monarki Britain,  Ratu Victoria telah membeli harta pusaka itu di Aberdeenshire. 

Pemerintah Britain, Raja Charles III dan isterinya, Permaisuri Camila turut hadir di gereja tersebut.

 Adik Charles III, Puteri Anne dan suaminya, Timothy Laurence, bapa saudara Putera William, Putera Edward dan isterinya, Sophie turut hair.

Bagaimanapun, tiada kelibat seorang lagi adik Raja Charles III, Putera Andrew yang tinggal di Craigowan.

Ia merupakan kemunculan Kate, 42, buat kali ketiga di khalayak ramai ketika beliau memberi tumpuan kepada pemulihannya daripada penyakit kanser.

Bagaimanapun, beliau masih tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapinya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI