fbpx

Puspakom diberi kuasa jalankan fungsi pemeriksaan kenderaan motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke menyerahkan lesen kuasa pemeriksaan kenderaan bermotor pada sidang akhbar berkenaan Pemberian Kuasa Kepada Puspakom untuk Menjalankan Fungsi Pemeriksaan Kenderaan Motor di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Sdn. Bhd. dilantik sebagai syarikat pertama diberi kuasa menjalankan fungsi pemeriksaan kenderaan motor di bawah mekanisme baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, menerusi pemberian kuasa di bawah Seksyen 126 (1), Akta 333, Puspakom boleh menyediakan perkhidmatan pemeriksaan
kenderaan motor di pusat-pusat pemeriksaan di seluruh negara kepada pelanggan dan orang ramai.

Beliau berkata, setakat ini, sambutan industri untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang ditetapkan di bawah Akta 333 adalah positif.

“Ketika taklimat diadakan sebelum ini, ada 50 syarikat datang dan berminat menyediakan perkhidmatan itu. Namun, setakat ini hanya dua syarikat telah menghantar permohonan.

“Jika permohonan dihantar lebih awal, kami akan menilainya terlebih dahulu dan jika diluluskan mereka boleh terus beroperasi tanpa perlu menunggu tarikh akhir permohonan iaitu Oktober ini,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pemberian kuasa kepada Puspakom di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI