fbpx

Polis Johor tahan 42 pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG daripada dua wanita antara 42 pemandu mabuk yang ditahan Polis Johor dalam operasi khas dijalankan di seluruh negeri ini, hujung minggu lalu.

JOHOR BAHRU – Seramai 42 pemandu mabuk termasuk dua wanita ditahan dalam Op Khas Mabuk yang dijalankan di seluruh negeri ini sejak Jumaat lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua yang ditahan berusia 25 hingga 68 tahun.

“Sebanyak 625 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dan 1,824 individu diperiksa. Turut diperiksa sebanyak 1,585 buah kenderaan.

“Mereka yang ditahan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Seramai 41 daripada mereka disiasat di bwah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala seorang lagi  disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tersebut dijalankan bertujuan mengekang pesalah mabuk tegar yang tidak gentar dengan hukuman berat yang telah ditetapkan kerajaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI