fbpx

Pemain Indonesia pertama di Serie A Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDZES bermain selama 68 minit ketika Venezia seri tanpa jaringan dengan Fiorentina awal pagi semalam. - IG JAY IDZES

FLORENCE – Tonggak berdarah warisan Indonesia, Jay Idzes mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama Sang Garuda membuat penampilan kompetitif dalam saingan Serie A selepas mewakili Venezia pada aksi awal pagi tadi.

Pada perlawanan menentang Fiorentina, Idzes telah diletakkan dalam kesebelasan utama dan beraksi selama 68 minit membantu pendatang baharu Serie A itu meraih satu mata yang cukup berharga apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Pengendali Venezia, Eusebio Di Francesco enggan memuji prestasi pertahanan berusia 24 tahun itu secara spesifik, sebaliknya gembira dengan impak yang dipamerkan oleh semua pemain memastikan benteng pasukan tidak dibolosi.

“Ini adalah perlawanan yang sukar buat kami tetapi saya lihat pasukan sudah mempamerkan prestasi yang cukup membanggakan kerana bukan mudah untuk mencuri mata di gelanggang keramat Fiorentina.

“Pertahanan pasukan dilihat cukup ampuh terutama pada separuh masa kedua selepas melakukan sedikit perubahan taktikal.

“Namun, masih ada perkara yang perlu diperbaiki khususnya aspek serangan dan saya harap pasukan dapat tampil lebih kompetitif pada perlawanan akan datang,” kata Di Francesco.

Sebagai rekod, Idzes telah mewakili Venezia pada musim lepas setelah berhijrah daripada kelab Belanda, Go Ahead Eagles.

Pemain yang lahir di Belanda itu mula mewakili skuad kebangsaan Indonesia pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Mac lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI