fbpx

Murid, pelajar sekolah Terengganu baca al-Quran setiap pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jelani (hadapan, tiga dari kanan) mengiringi Tengku Muhammad Ismail (hadapan, dua dari kanan) meninjau murid membaca al-Quran di SK Serada, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Terengganu melaksanakan
program al-Quran Di Hati iaitu pembacaan satu muka surat beserta terjemahan kitab suci itu setiap hari di sekolah rendah dan menengah negeri ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, program membudayakan pembacaan al-Quran itu melibatkan murid dan pelajar tahun satu hingga tingkatan tiga seluruh negeri ini.

“Program al-Quran Di Hati dilaksanakan setiap hari bermula pukul 7.30 pagi hingga 7.45 pagi di kelas masing-masing sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran.

“Ia merupakan agenda utama pendidikan Terengganu bagi melahirkan murid dan pelajar yang cintakan al-Quran,” katanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Serada di sini hari ini.

Jelani berkata, program al-Quran Di Hati telah bermula sejak tahun lalu sebelum diperluas ke semua 352 sekolah rendah dan 154 sekolah menengah di seluruh Terengganu pada tahun ini.

Beliau berkata, program tersebut turut memfokuskan akademik, solat bestari, sahsiah terpuji, kemenjadian kokurikulum dan keberkesanan kepimpinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI