fbpx

Maut kena rempuh ketika lihat kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan kereta Proton Persona di Kilometer 258.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan dekat Seremban awal pagi tadi.- Foto PDRM

SEREMBAN – Seorang pemandu Perodua Myvi yang sedang berhenti untuk melihat kenderaannya yang terbabas di kiri jalan maut selepas dirempuh kereta Proton Persona di Kilometer 258.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan dekat Seremban di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa seorang lelaki berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah di perut dan kaki disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut Mohamad Hatta, berdasarkan siasatan kejadian lebih kurang pukul 5.45 pagi itu berlaku ketika kereta Perodua Myvi dipandu mangsa yang datang dari Cyberjaya menghala ke Batu Pahat telah terbabas dan melanggar besi penghadang bahu sebelah kiri jalan.

“Kemudian pemandu tersebut turun dan berhenti di sebelah kiri jalan.

“Selang beberapa minit, sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 36 tahun yang memandu di lorong kanan telah terbabas dan berpusing masuk ke lorong kiri lalu melanggar kereta dan pemandu Perodua Myvi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Mohamad Hatta, pemandu Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI