fbpx

Liga Super: Kuching City makin ‘mengiau’, KDN FC balik hampa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDN FC terpaksa akur pulang dengan tangan kosong selepas tewas kepada Kuching City sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pasukan Kuching City tidak mempunyai masalah untuk teruskan rentak konsisten apabila berjaya menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai oleh Jordan Mintah dan Tchetche Kipre.

Pasukan tuan rumah dilihat mendominasi sebahagian besar awal saingan dengan Kijang Emas hanya melakukan serangan balas pantas.

Gol tunggal perlawanan dijaringan oleh Mintah hasil tandukan pada minit ke-37 selepas menerima hantaran Arif Fadzilah.

Pasukan pelawat dilihat berusaha untuk bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut menyaksikan langkah Kuching City semakin positif apabila tidak tewas sejak enam perlawanan Liga Super yang lepas.

Sementara itu, KDN FC pula dilihat semakin bergelut apabila hanya meraih tiga mata selepas mengharungi sembilan perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI