fbpx

Lelaki maut strok haba ketika sertai program larian di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an maut akibat strok haba ketika mengikuti program larian di Telok Chempedak di sini kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rusdi Abd Rahman berkata, mangsa memulakan larian pada pukul 6.40 pagi sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di trek pejalan kaki hutan Bukit Pelindung pada pukul 3 petang.

“Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini bagi mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

“Keadaannya semakin tenat walaupun rawatan optimum telah diberikan. Mangsa menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.39 malam semalam,” katanya hari ini.

Menurut Rusdi, punca kematian mangsa dari Kuantan itu akibat strok haba dengan kegagalan pelbagai organ.

Jelasnya, kejadian itu adalah kes kematian kedua akibat strok haba tahun ini selepas seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam yang menjalani latihan di Maran meninggal dunia pada 2 Februari lalu.

“Sehingga kini jumlah kes berkaitan cuaca panas yang direkodkan di Pahang pada tahun ini adalah 18 kes yang mana 14 kes melibatkan kelesuan haba dan empat kes strok haba dengan dua kematian,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, Jabatan Meteorologi memaklumkan suhu harian bagi Pahang adalah terkawal kurang daripada 35 darjah Celsius.

Berdasarkan laporan itu juga julat suhu pada hari kejadian adalah 24 hingga 33 darjah Celsius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI