fbpx

Lawatan ke Brunei berjaya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Sultan Brunei mengadakan pertemuan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Brunei untuk Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 (ALC-25) antara Malaysia dan Brunei sebagai berjaya.

Beliau berkata, kedua-dua negara memberikan komitmen serius dalam mencari jalan menyelesaikan isu berbangkit dan tertangguh khususnya berkaitan persempadanan.

“Sewaktu ALC-25 antara Malaysia dan Brunei di Istana Nurul Iman, saya dan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala demi kemajuan bersama.

“Kerjasama dua hala berkenaan melibatkan Memorandum Persefahaman mengenai Fasa Pertama Penandaan dan Pengukuran Sempadan Darat, Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pengangkutan serta Pertukaran Nota mengenai Sempadan Darat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pemeteraian instrumen kerjasama dua hala berkenaan menyerlahkan komitmen Malaysia-Brunei dalam memperkukuhkan hubungan, memacu peningkatan kerjasama demi kepentingan bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI