fbpx

KKM kesan 31 kes disyaki Mpox, 25 disahkan negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 31 kes disyaki cacar monyet atau Mpox sehingga semalam di mana 25 kes telah disahkan negatif, manakala enam masih dalam pemantauan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada kes baharu membabitkan Mpox dilaporkan.

“Kes Mpox kekal sembilan kes dari Disember 2023 hingga sekarang, tiada kes baharu (dilaporkan),” katanya.

Dzulkefly berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaham (MoU) antara KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI