fbpx

Jaga kehormatan Jalur Gemilang – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bersama pelajar SMK Seri Pantai mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Pentarama dan Kelab Malaysiaku sempena sambutan Bulan Kebangsaan hari ini.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengambil sikap bertanggungjawab demi menjaga kehormatan Jalur Gemilang.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, masyarakat juga wajar untuk mengalihkan atau menaikkan semula Jalur Gemilang sekiranya ia diletakkan di tempat yang tidak bersesuaian.

“Semalam saya di Taman Botani dan di dalam kawasan Lembah Pentai juga saya lihat ada ditinggalkan sekelompok Jalur Gemilang dan saya pun cuba untuk meletakkanya di tempat yang lebih sesuai kerana ia ditinggalkan di atas lantai.

“Kita wajar melakukan tindakan kecil untuk menjaga kehormatan Jalur Gemilang. Maksudnya, kalau kita nampak (Jalur Gemilang di tempat yang tak sesuai), cuba untuk alihkan dan perbetulkan.

“Ini nasihat dan pandangan saya,” katanya ketika ditemui pada Program Pentarama dan Kelab Malaysiaku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan terdapat sejumlah Jalur Gemilang berada di atas jalan raya ekoran terjatuh daripada kenderaan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menyembah maklum persiapan sambutan Hari Kebangsaan, esok.

“Kita juga telah memberi maklumat menegani susun atur, laluan yang boleh digunakan termasuk pengangkutan awam yang disediakan seperti teksi air secara percuma yang beroperasi di sekitar Tasik Putrajaya.

“Ia bagi membolehkan orang ramai untuk meletakkan kenderaan mereka di lokasi berkenaan yang menyediakan lebih 7,000 parkir,” ujarnya.

Sehubungan itu, Fahmi berkata, orang ramai diharapkan merancang perjalanan mereka untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini.

“Pelbagai acara diadakan bukan hanya pada pagi kejadian tetapi juga di sekitar Putrajaya. Kita harap orang ramai akan manfaatkan termasuklah Floria Diraja Putrajaya yang bermula dari 22 Ogos hingga 1 September.

“Jadi, rancang dengan baik perjalanan. Insha Allah, kita doa semua berjalan lancar dan semoga sambutan tahun ini semeriah atau lebih meriah dari tahun yang sebelumnya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI