fbpx

J.Lo, Affleck nekad bercerai, saling bertolakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jennifer Lopez dan Ben Affleck nekad untuk bercerai.

HARAPAN peminat untuk melihat pasangan sensasi Jennifer Lopez dan Ben Affleck pada acara karpet merah Festival Filem Antarabangsa Toronta (TIFF) Kanada September depan, nampaknya tidak kesampaian.

Selepas hampir dua bulan berusaha mempertahankan rumah tangga, Lopez atau J. Lo akhir nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Affleck pada pertengahan Ogos.

Malah, jurucakap Affleck turut mengesahkan bahawa aktor itu tidak akan membuat kemunculan bersama Lopez pada TIFF bagi mempromosikan filem terbaharu lakonan aktres itu bertajuk Unstoppable.

Biarpun Affeck bertindak sebagai penerbit filem terbabit, namun dia dikatakan tidak akan muncul di acara karpet merah bersama Lopez.

“Jika perceraian itu berlaku, Affleck mungkin tidak akan ada di acara karpet merah TIFF nanti,” katanya.

Selain Lopez, filem tersebut turut dibintangi oleh Jharre, Jerome, Don Cheadie, Bobby Cannvale, Michael Pena dan Shawn Hatosy.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI