fbpx

Dua karya kreatif siswa UniSZA raih anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inovasi AR HeartLense ciptaan siswa UniSZA telah berjaya memenangi anugerah utama, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000 pada DICE 2.0 di Nilai, Negeri Sembilan.

UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mencipta kejayaan tersendiri selepas memenangi dua anugerah pada Digital Innovation Creativepreneur 2.0 (DICE 2.0) yang berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dua kategori dimenangi itu adalah menerusi pembangunan teknologi dikenali AR HeartLense dan sebuah naskhah filem berjudul, Seringgit.

Pensyarah Fakulti Informatik dan Komputeran, Ts. Norkhairani Abdul Rawi berkata, AR HeartLense dibangunkan dengan mengaplikasi teknologi terimbuh menerusi penggunaan marker based dan model scanning.

Katanya, ia bertujuan mengangkat pembelajaran ke tahap baharu dengan memberi akses fleksibel kepada pelajar dan profesional perubatan memahami anatomi jantung yang kompleks serta prosedur pengimejan rumit.

“Gabungan dua teknik ini menjadikan proses pembelajaran dan pemahaman pelajar lebih mudah berbanding kaedah konvensional.

“Aplikasi ini bukan sekadar alat pembelajaran, malah satu pengalaman mendalam yang menggabungkan sains dan teknologi untuk menyediakan latihan simulasi yang realistik serta interaktif.

“AR HeartLense juga dibangunkan untuk mengangkat pembelajaran ke tahap baharu dengan memberi akses fleksibel kepada pelajar dan profesional perubatan.

“Ia bagi membolehkan golongan itu memahami anatomi jantung yang kompleks serta prosedur pengimejan rumit,” katanya.

FILEM pendek Seringgit terpilih menerima Anugerah Khas bagi membolehkan mereka membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM2,500.

Ujar Norkhairani, ARHeartLense membolehkan pelajar dapat mempelajari teknik penting dalam ‘Cardiac Imaging’ pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sekali gus menjadikan alat itu penting dalam pendidikan masa depan.

Tambahnya, aplikasi tersebut telah dihasilkan serta dibangunkan sepenuhnya menggunakan kemahiran para pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

Ia diketuai oleh Nur Awfa Mohd. Hilmi dengan dibantu Nurul Aimi Johan, Nurfatin Kaiyisah Mohd. Razali dan Nur Afiqah Mirza Mohd. Resdi.

“Alhamdulillah, ARHeartLense telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Kategori Interaktif Media (AR/VR).

“Ia membolehkan UniSZA memenangi pingat emas dengan membawa pulang trofi serta wang tunai RM5,000 pada DICE 2.0,” katanya.

Sementara itu, pasukan filem pendek juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila merangkul Anugerah Khas Kategori Filem Pendek dengan membawa pulang trofi berserta wang tunai RM2,500.

Filem pendek itu dihasilkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) iaitu Muhammad Haziq Fikri Hamdan, Amirul Alif Aminirddin, Muhammmad Faiz Hairuzaman dan Mohammad Aiman Nazri Aziz.

Filem yang menyelitkan unsur mensyukuri rezeki dihasilkan sepenuhnya oleh pelajar FIK bermula daripada pembangunan jalan cerita, pemilihan pelakon dan proses penghasilan video akhir.

Untuk makluman, DICE 2.0 merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Kerjasama Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), UniSZA. Tujuan utama program tersebut adalah mewujudkan platform kondusif kepada pelajar dalam bidang kandungan digital kreatif.

Seramai 250 peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah turut serta dalam penghasilan 48 projek kandungan digital kreatif itu.

Ia terdiri terdiri daripada pelbagai kategori seperti animasi, filem pendek, aplikasi augmented reality, aplikasi realiti maya dan aplikasi permainan digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI