fbpx

Bintang buangan Man. United ledak hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRED

RIZE, Turkiye – Nama pemain tengah Fenerbahce, Fred menjadi tajuk utama akhbar-akbar di Turkiye selepas meledak hatrik menakjubkan ketika membelasah Rizespor 5-0 dalam saingan Super Lig di Stadium Rize City awal pagi tadi.

Menariknya, ia adalah hatrik pertama dalam karier pemain berusia 31 tahun itu selepas gagal melakukannya bersama tiga kelab terdahulu iaitu Internacional di Brazil, Shakhtar Donetsk (Ukraine) dan Manchester United.

Fred kini berjaya mengubah situasi daripada seorang yang sering menjadi mangsa kritikan ketika menyarung jersi United di Old Trafford dari 2018 hingga 2023 kepada pemain kegemaran Fenerbahce.

Bekas tonggak Brazil itu membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak jauh di separuh masa pertama sebelum dia menambah dua lagi gol dalam tempoh empat minit pada minit ke-60 dan 64.

Dua lagi gol Fenerbahce dalam aksi itu dijaringkan oleh penyerang veteran, Edin Dzeko dan pemain pertahanan Uzbekistan, Khusniddin Alikulov.

Pengendali Fenerbahce, Jose Mourinho gembira dengan prestasi semasa ditunjukkan pasukannya yang kini menerajui carta Super Lig dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri daripada tiga aksi setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI