fbpx

Bicara saman isu “kutty”: Mahathir, Ahmad Zahid hadir ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi. - Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi dalam kes samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu ‘kutty’.

Mahathir, 99, yang memakai kot berwarna hitam tiba pada pukul 9.40 pagi yang mana beliau turut ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan anak lelaki mereka Datuk Seri Mukhriz.

Dalam prosiding hari ini, Mahathir dijangka memberi keterangan berhubung kes samannya terhadap Ahmad Zahid.

Terdahulu, 10 minit sebelum itu Ahmad Zahid, 71, turut tiba di mahkamah.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Dr. Mahathir mendakwa, Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.

Dakwanya, kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama asal yang didakwa sebagai ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ dan menggunakan orang Melayu semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya selain memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI