fbpx

Bencana Slim River: Perak tumpu impak pembersihan hutan untuk pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular yang menunjukkan kejadian kepala air di kawasan empangan di Kampung Ulu Slim, Slim River, Tanjung Malim.

IPOH – Isu berkenaan pembersihan hutan untuk aktiviti pertanian di sekitar kawasan kejadian kepala air di Slim River akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri pada Rabu ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu akan dilihat dari segi pematuhan peraturan serta adakah aktiviti yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut sebagai punca bencana alam yang terjadi baru-baru ini.

“Sudah ada satu syarat wajib, mana-mana orang yang hendak membangunkan tanah buat ladang, dia kena buat KM (Kebenaran Merancang). Dulu KM untuk sektor pembinaan, tetapi sekarang untuk memotong pokok kena ada KM.

“Dia (pengusaha pertanian) sepatutnya kena mematuhi syarat itu, kena memohom KM kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Kalau tak buat, itu dia gagal (mematuhi undang-undang).

“Itu sepatutnya, kalau gagal boleh didenda. Apatah lagi kalau menjadi penyebab kepada banjir. Kita akan bincang dalam mesyuarat Exco pada Rabu ini untuk melihat kesan dia. Sebab kejadian (bencana kepala air) menjadi iktibar untuk negeri,” katanya.

Kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim River yang berlaku pada lewat Jumaat lalu disifatkan bencana yang paling buruk pernah berlaku pada mangsa banjir yang telah menetap dalam tempoh lebih 20 tahun di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI