fbpx

Bekalan insulin manusia boleh bertahan sehingga akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly bercakap pada majlis MoU di MIH Megatrends 2024 du Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bahawa bekalan insulin manusia di fasiliti kesihatan awam boleh bertahan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, usaha untuk mendapatkan bekalan insulin manusia daripada pembekal lain juga sedang digiatkan bagi memastikan rawatan pesakit tidak terjejas.

“Ia bukan senario yang membimbangkan seperti (dilaporkan) media, (bekalan insulin manusia) boleh bertahan sehingga akhir tahun, sementara itu kami akan terus mendapatkan pembekal lain.

“Ada baiknya mereka membangkitkan (isu) ini, kerana kita sudah pun melihatnya, kita sentiasa memantau cuma tak dapat pembekal lain,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaham (MoU) antara KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu bekalan insulin manusia di fasiliti KKM yang dilaporkan terjejas baru-baru ini disebabkan masalah pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan.

KKM menerusi kenyataan pada 22 Ogos lalu memaklumkan bagi memastikan rawatan pesakit dapat diteruskan tanpa gangguan, kementerian itu telah mengambil beberapa pendekatan termasuk meningkatkan penggunaan insulin jenis analog dan terapi oral berdasarkan penilaian klinikal oleh doktor yang merawat pesakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI