fbpx

Anwar, Sultan Brunei bincang kerjasama dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

Anwar berkata, pertemuan empat mata kira-kira satu jam dengan Sultan Hassanal tersebut bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 (ALC-25) Malaysia dan Brunei.

“Kami menggunakan peluang yang ada ini bagi menilai kemajuan kerjasama dua hala dan membincangkan inisiatif baru untuk memperkukuh hubungan dua hala untuk dimanfaatkan rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau dan Sultan Brunei mempunyai tekad yang sama dalam menyelesaikan isu hubungan dua hala yang telah sekian lama tertunggak.

Menurut beliau, penyelesaian itu kelak sekali gus mampu mengangkat hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih akrab lagi di masa hadapan.

Tambah beliau, kesempatan yang ada tersebut juga digunakan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau demi berkepentingan bersama.

“Selain isu antarabangsa seperti hak rakyat Palestin dan Gaza yang perlu terus diperjuangkan untuk bebas merdeka daripada cengkaman dan penindasan rejim Zionis Israel,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI