PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan kali ke-25 (ALC-25) Malaysia dan Brunei hari ini.
Perdana Menteri yang tiba di Bandar Seri Begawan malam tadi dijadual menghadiri ALC-25 yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman.
Anwar dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, ALC adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei.
“Hatta lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama bilateral dalam mencapai matlamat bersama selain membincangkan isu-isu terkait,” katanya. – KOSMO! ONLINE