fbpx

Ahli keluarga mangsa tanah jerlus dilanjutkan visa sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arvend pada sidang akhbar di lokasi tanah jerlus berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga wanita warga India yang dilaporkan masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India dilanjutkan visa Pas Lawatan Sosial (PLS) selama satu bulan, bermula hari ini.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Arvend Applasamy berkata, PLS dalam tempoh sebulan itu diberikan kepada empat ahli keluarga mangsa.

“Visa PLS berkenaan diberikan kepada suami, anak dan saudara mangsa oleh pihak JIM, berkuatkuasa hari ini.

“Saya mewakili TPM (Zahid) turut berkesempatan menyantuni keluarga hari ini selain menyampaikan sumbangan serta memberi jaminan kerajaan untuk memudahkan segala urusan mereka termasuk makan, minum dan kemudahan penginapan mereka sepanjang berada di sini.

“Keluarga mangsa ketika ditemui turut memaklumkan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan sekiranya mangsa ditemui,” katanya kepada pemberita di Masjid India, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan terus komited memberikan segala bantuan yang diperlukan keluarga mangsa termasuk sesi kaunseling oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Arvend, keluarga mangsa juga turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus secara ikhlas dan sepenuh hati dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jumaat lalu, mangsa yang merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada pukul 8.22 pagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI