fbpx

[VIDEO] ‘Simple, elegant’ istiadat bersanding Puteri Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham pada istiadat bersanding malam ini.

PETALING JAYA – Ramai yang memuji istiadat bersanding Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan suami, FD Idzham FD Iskandar pada malam ini, disifatkan ringkas, namun tetap elegan.

Tinjauan di media sosial juga mendapati, orang ramai turut memuji pakaian pengantin Tengku Puteri Afzan yang cantik dan sopan.

“Pengantin yang paling sopan, berpakaian cantik pun,” kata Rupisah Hamid pada Facebook.

“Ringkas sahaja (istiadat bersanding). Terbaiklah,” kata Umi Anisah.

“Simple (ringkas), ‘elegant wedding’ (perkahwinan yang elegan),” puji JHH Aishah II.

Khamis lalu Kosmo! melaporkan, Tengku Puteri Raja dan FD Idzham sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi baginda di majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

@tgputeri.afzan.fa Mashaallah🥰 Majlis Istiadat Bersanding❤️ #royalwedding #royalwedding #tengkuputeriafzan #tengkuputeriafzan #tengkuputeriafzan #fypage #fyp #fypシ #fypシ゚viral #taim #tengkuampuanpahang ♬ Ketika Cinta Bertasbih Piano – DNP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI