fbpx

[VIDEO] ‘Pakar mata kita akan buat terbaik untuk Mustopha’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im beramah mesra dengan Mustopha (kiri) serta kanak-kanak Palestin yang lain di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

PETALING JAYA – Kanak-kanak Palestin dikenali sebagai Mustopha yang kehilangan mata kanan akibat terkena ledakan ekoran serangan Zionis Israel, akan menerima rawatan terbaik daripada pakar mata di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sewaktu membalas pertanyaan pengguna TikTok berhubung keadaan kanak-kanak tersebut.

“Pakar mata kita akan buat yang terbaik buat adik Mustopha,” katanya.

Terdahulu, beliau memuat naik satu video menziarahi rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Pada video tersebut, Mohd. Na’im beramah mesra bersama rakyat Palestin termasuk Mustopha yang sebelum ini pernah tular di media sosial sehingga mengundang sebak dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Seorang petugas perubatan hospital menjelaskan kepada Mohd. Na’im bahawa Mustopha telah kehilangan ahli keluarga serta ditemani neneknya di situ.

“Dia hilang satu mata sebabkan ledakan, seluruh keluarga hilang. Ini nenek dia,” katanya.

Semasa mendukung Mustopha, Mohd. Na’im sempat berseloroh mahu membawa pulang kanak-kanak tersebut.

“Bawa balik Mustopha,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, Mohd. Na’im melakukan kunjungan ke atas rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Sebelum ini, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang.

Ketibaan mereka menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan mereka yang cedera terdiri daripada 20 lelaki dan 21 wanita berusia antara lapan bulan sehingga 62 tahun. – KOSMO! ONLINE

@dsdrnaim Saya telah melakukan kunjungan ziarah kepada rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ziarah ini telah diiringi oleh Lt. Jeneral Dato’ (Dr) Zulkefffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia bersama Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah, Kor Angkatan Tentera dan Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Haji Mohamed Hatta bin Haji Manis, Pegawai Memerintah, Hospital Angkatan Tentera. Saya telah menyampaikan sedikit bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel. Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bersama warga Kementerian Pertahanan Malaysia dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atas segala usaha memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua mangsa. Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wataala. Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah ♬ original sound – Dato’ Setia Dr. Naim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI