fbpx

Tanah jerlus Masjid India: PM minta DBKL jumpa keluarga mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir merasmikan Majlis Muktamar Masjid Semalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang akibat mendapan tanah di Jalan Masjid India, ibu negara Jumaat lalu.

Beliau turut mengarahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita terbabit diteruskan dengan isu berkaitan diselesaikan, selain mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya bertemu dan menyantuni keluarga mangsa.

“Kerja-kerja SAR harus diteruskan dan ada masalah juga mengenai tanah berkenaan yang perlu diselesaikan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI