fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Operasi SAR diteruskan hingga jumpa mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah jerlus yang berlaku di sekitar Jalan Masjid India, Jumaat lalu. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang akibat terjatuh dalam tanah jerlus di Masjid India, di sini, akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini, tiada tempoh masa ditetapkan bagi operasi SAR mangsa wanita warga India berusia 48 tahun itu.

“Setakat ini, kita belum menetapkan sejauh mana pencarian ini (tempoh masa) tetapi mesyuarat petang tadi memutuskan kita akan meneruskan operasi SAR sehingga mangsa dijumpai,” katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, polis juga mengesan seorang saksi yang berada di lokasi kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu, bagi membantu siasatan.

“Saksi terbabit adalah individu yang duduk di kerusi batu ketika kejadian berlaku.

“Kita (polis) sudah rakam keterangan adik perempuan mangsa yang berjalan di hadapannya.

“Menurut wanita itu apabila mangsa terjatuh, dia melihat ke dalam dan langsung tidak nampak mangsa,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, lelaki itu dipercayai gelandangan dan usaha mengesan sedang dilakukan.

“Setakat ini polis sudah merakam keterangan lima individu terdiri daripada ahli keluarga mangsa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI