fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Dua ‘manhole’ jadi fokus pasukan SAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah jerlus yang berlaku sekitar Jalan Masjid India, Jumaat lalu. Foto oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Operasi mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India yang memasuki hari ketiga dan bermula semula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, ditumpukan pada dua lurang kumbahan iaitu di sekitar Jalan Melayu.

Operasi hari ini membabitkan agensi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Indah Water Konsortium.

Operasi SAR malam tadi ditangguhkan pada pukul 7 malam selepas pasukan penyelamat gagal menemui sebarang petunjuk di enam lurang kumbahan.

Anak mangsa sebak melihat keadaan lokasi tanah jerlus yang menyebabkan ibunya terjatuh dan masih belum ditemui.

Semalam Kosmo! melaporkan, pasukan tidak menemui mangsa tanah jerlus mahupun sebarang petunjuk baharu di enam lurang kumbahan yang difokuskan sekitar ibu negara.

Enam lokasi terbabit di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu.

Pada Jumaat lalu, mangsa yang merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada 8.22 pagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI