SEMAKIN bertambah usia, selalunya seseorang akan semakin matang dalam mencari arah tujuan hidup.
Begitu jua yang dikongsi Puteri Sarah Liyana yang hanya mahu hidup dengan 5 ‘B’ seperti dimuat naik dalam Instagram baru-baru ini.
“Semakin dewasa makin mahu hidup ‘B’ sahaja.
“Beautiful (cantik), berduit, ‘berattitude’, bahagia dan bersyukur,” katanya ringkas.
Lucu juga baca tetapi semua itu memang diperlukan oleh semua individu dan paling utama pastinya berduit.
Harap Sarah dapat hidup gembira dan temui kesemua 5 ‘B’ yang turut menjadi impian ramai itu.
Tetapi bila pula Sarah nak ‘bersuami’ baharu? Mungkin boleh tambah menjadi 6 ‘B’ pula?
DIVA: Geram dengan pelakon lelaki yang ‘kekwat’, baru muncul dengan satu filem tetapi perangai sombong mengalahkan sudah menang 10 trofi anugerah.