fbpx

Rita Rudaini patut dapat anugerah ikon ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN Airit dalam akademik dan sukan dikatakan hasil didikan hebat wanita bergelar ibunya, Rita Rudaini.

BERITA pencapaian hebat anak sulung pelakon Rita Rudaini yang berjaya meraih kemenangan dalam acara sukan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) menuai perhatian khalayak.

Mana tidaknya, Rita telah membuktikan meskipun membesarkan dua anak sendirian tanpa suami di sisi, tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan baik.

Tumpang gembira, ramai peminat mula mengharapkan pelakon filem Rumah Maduku Berhantu itu diberi gelaran ikon ibu tunggal.

Kata netizen, gelaran itu secara tidak langsung dapat menjadi pembakar semangat buat golongan ibu tunggal agar tidak putus asa untuk meneruskan kehidupan.

Tidak kurang itu, peminat turut memuji cara Rita mendidik anak-anak yang bukan sahaja bijak dalam bidang sukan dan akademik, tetapi turut berjaya dari segi rohani dan jasmani.

Anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, juga menghafaz al-Quran dan berjaya mendapat gred nilai purata 3.99 dalam peperiksaan semester Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Sungai Besar.

Semoga kedua-dua anak Rita terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka di samping dapat membahagiakan orang tua apabila dewasa nanti.

Diva: Rasa teringin naik buai nyanyi lagu ‘aku nak kahwin dengan anak raja’, manalah tahu ada rezeki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI