fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Negeri terbabit ialah, Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) dan Sarawak meliputi Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah),” menurut hantaran Facebook MetMalaysia, pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI