fbpx

Lelaki buat aksi tidak senonoh terhadap Aliff Syukri dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Syukri berdepan gangguan seksual daripada seorang lelaki tidak dikenali, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga asing ditahan polis semalam selepas melakukan perbuatan lucah terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, di Kota Damansara, di sini baru-baru ini.

Terdahulu, suspek berusia 30-an itu didapati menunjukkan sesuatu di tangannya kepada Aliff.

Ketika kejadian, Aliff difahamkan berada di dalam kereta yang diparkir sekitar kawasan berkenaan.

Difahamkan, lelaki asing itu tidak sempat meneruskan perbuatan lucahnya dan terus beredar selepas enggan dilayan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek sudah ditahan semalam bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Terdahulu, Aliff memuat naik video berdurasi satu minit 20 saat di Instagram, memaparkan kejadian beliau didatangi lelaki asing.

Katanya, beliau terkejut disergah lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba di tempat letak kenderaan sekitar Kota Damansara.

“Berhati-hati, sumpah saya takut. Siapa yang pernah kena macam saya ni? Saya takut lah kenapa banyak sangat orang asing macam ni?

“Dia siap bawa pisau salip kat tangan kiri dia. Bahaya sekarang lokasi di Thestand, Kota Damansara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI