fbpx

KDN tumpu 4 pintu masuk negara bendung Mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN mengadakan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Foto AMRAN MULUP

MELAKA – Semua agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, termasuk laluan tikus bagi membendung wabak Mpox atau cacar monyet.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keutamaan keselamatan bagaimanapun diberikan kepada empat daripada 141 pintu masuk negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2; Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

Menurutnya, sekali pun keadaan dilaporkan terkawal di semua pintu masuk, namun KDN bersama Kementerian Kesihatan (KKM) tetap mewujudkan kerjasama bersepadu sebagai langkah kawalan ancaman wabak Mpox.

“Di setiap pintu masuk perlu dilakukan pemeriksaan suhu badan dan simptom yang membawa kepada gejala Mpox dan keadaan dilaporkan terkawal.

“Walaupun kita mendengar dari negara jiran tentang adanya gejala itu tapi biar kita berpandu kepada KKM untuk tindakan selanjutnya kerana mereka ada indikator tertentu,” katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, selain keutamaan kawalan diperketatkan di empat pintu masuk negara, beberapa laluan tikus yang turut berada dalam pemerhatian penguat kuasa.

Menurutnya, tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand telah pun mengambil langkah berjaga-jaga selepas terdapat kes pertama Mpox di negara jiran itu.

“Di samping itu kita turut meminta Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk mempertingkatkan kawalan di laluan tikus yang kita tahu jumlahnya dan lokasinya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI