fbpx

KD Pendekar bocor terlanggar objek bawah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar di posisi 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pukul 12 tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi pada kedudukan 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pukul 12 tengah hari tadi.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, kebocoran itu dipercayai berpunca akibat kapal terlanggar dengan objek bawah air.

“Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal dan merebak dengan cepat serta menjadi tidak terkawal.

“Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran dan menstabilkan kapal tidak berjaya. Fokus utama TLDM adalah melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal tersebut,” katanya hari ini.

Susulan kejadian itu, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“TLDM merakamkan terima kasih kepada agensi terlibat iaitu Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan komuniti maritim yang berada di persekitaran atas tindakan pantas memberi bantuan kepada kapal tersebut.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut. Rujuk sumber rasmi TLDM untuk perkembangan terkini dan maklumat sebenar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI