fbpx

‘Hati-hati, bimbang kepala air datang lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular yang menunjukkan kejadian kepala air di kawasan empangan di Kampung Ulu Slim, Slim River, Tanjung Malim.

IPOH – Semua pihak yang terlibat menguruskan kerja-kerja pemulihan di Slim River ekoran tragedi kepala air tetap mengambil sikap berhati-hati terhadap kemungkinan ada lagi kehadiran kepala air.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerja-kerja tersebut akan dihentikan jika didapati ada unsur-unsur kepala air yang baharu.

“Buat masa ini kita dapati ada kestabilan. Kalau hujan lebat serta ada tanda kepala air datang balik, kena hentikan kerja untuk keselamatan jentera dan tenaga pekerja semua,” katanya ketika menghadiri Program Jelajah Sejahtera Desaku Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, di sini hari ini.

Mohamad Nizar (tengah) melawat reruai pameran ketika program Jelajah Sejahtera Desaku DUN Sungai Rapat di Padang Taman Lapangan Jaya, Kg. Rapat Jaya Tambahan, Ipoh, hari ini. – Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim River itu yang berlaku pada lewat Jumaat lalu disifatkan bencana yang paling buruk pernah berlaku kepada mangsa banjir yang telah menetap dalam tempoh lebih 20 tahun di situ.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan negeri sedang dalam proses untuk memastikan hubungan antara Kampung Slim dan Behrang tidak terputus akibat kejadian itu termasuk paip pembekalan air yang pecah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI