fbpx

[VIDEO] ‘Bersemut’ Puteri Sultan Pahang dan FD Idzham, yang ‘single’ sila murung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham sewaktu turun melawat Padang MBK 1, semalam.

PETALING JAYA – Detik manis antara Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan suami, FD Idzham FD Iskandar berjalan berpegang tangan selain berkongsi minuman membuatkan ramai yang ‘bersemut’ dengan gelagat pengantin baharu tersebut.

Momen indah itu dapat dilihat sewaktu Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham turun melawat ke Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, semalam yang turut menjadi lokasi siaran langsung perkahwinan diraja pasangan tersebut.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai yang teruja bertemu pengantin baharu itu selain ada yang gembira melihat kemesraan Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham sepanjang di lokasi tersebut.

“Sebelum ni kan, pengantin lelaki tengok macam garang. Takut kita. Sekali eh, comelnya perangai dua-dua. Kelakar lelakinya. Sangat ‘sweet’, semoga bahagia hingga ke jannah hendaknya,” komen pengguna TikTok.

“Tepilah semua, aku nak ‘backflip’ depan Tengku. Siapa suruh ‘sweet’ depan orang ‘single’,” kata seorang pengguna secara berjenaka.

“Bersemut, yang ‘single’ sila kemurungan,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

“Masya-Allah comelnya. Sama cantik, sama padan. Semoga pengantin diraja ini kekal hingga ke syurga,” kata individu lain.

Khamis lalu Kosmo! melaporkan, Tengku Puteri Raja dan FD Idzham sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi baginda di majlis tersebut.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dipetik berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu pada Khamis, Jumaat dan hari ini.

Istiadat perkahwinan diraja, istiadat bersanding akan berlangsung malam ini serta ditayangkan secara langsung pukul 8 malam. – KOSMO! ONLINE

@yam.tengku.afzan 🤍🕊️#malamnerinaiafzan #fdidzham #tengkuputeriafzan ♬ original sound – bigboss

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI