fbpx

Bebaskan ikan yu itu adalah tindakan tepat – Pengarah Perikanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan sekumpulan nelayan menyelamatkan seekor ikan yu paus yang terperangkap dalam pukat di perairan Marang, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Tindakan sekumpulan nelayan melepaskan seekor ikan yu paus perairan Pulau Kapas berhampiran Marang, baru-baru ini mendapat pujian Jabatan Perikanan.

Pengarah Perikanan, Ruzaidi Mamat berkata, yu paus atau nama saintifiknya Rhincodon Typus merupakan antara spesies Ikan yang Dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999, Akta Perikanan 1985.

“Berdasarkan siasatan, ikan yu paus itu terperangkap dalam pukat jerut nelayan terbabit pada 11 Ogos lalu. Tekong dan awak-awak nelayan terlibat telah berusaha membebaskan ikan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, klip video berdurasi satu minit 41 saat yang memaparkan sekumpulan nelayan menyelamatkan yu paus yang terperangkap di dalam pukat tular di media sosial.

Ruzaidi berkata, tindakan melepaskan ikan yu paus tersebut setelah ia ditangkap secara tidak sengaja itu merupakan tindakan tepat.

Jelas beliau, perbuatan memancing, mengganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport atau mengangkut ikan yu paus merupakan kesalahan.

“Denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan sekiranya peraturan itu diingkari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI