fbpx

‘Alhamdulillah, rezeki’ – Remy Ishak kini bergelar Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY Ishak kini bergelar Datuk.

PETALING JAYA – Hero Malaya, Remy Ishak hari ini menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 42, berkata, penganugerahan tersebut adalah rezeki selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan.

Remy berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan tersebut.

Alhamdulillah, rezeki. Ini adalah sebab kenapa saya perlu lebih bekerja keras.

“Terima kasih dan selamat hari lahir TYT Tun,”katanya ringkas kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Sepanjang 19 tahun melibatkan diri dalam dunia lakonan, Remy sudah berlakon hampir 40 buah filem.

Sepanjang kerjayanya, beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI