fbpx

7 syarikat India komited latih, gaji 5,000 rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind.

PUTRAJAYA – Tujuh syarikat India global di Malaysia komited untuk melatih dan menggaji kira-kira 5,000 rakyat Malaysia dengan pemeterian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan National Association of Software and Service Companies (Nasscom), di New Delhi baru-baru ini.

Skim latihan dan pengambilan pekerja dengan tujuh syarikat itu akan berlangsung selama tiga tahun, bermula tahun ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lebih banyak syarikat sedang dalam perbincangan untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini.

Katanya, perkongsian MDEC dan Nasscom akan menyaksikan bakat tempatan dilatih dalam beberapa bidang utama iaitu digital, kecerdasan buatan (AI) generatif (AI), keselamatan siber, pembangunan perisian serta teknologi Next Gen.

“Ketika kerajaan Madani terus berusaha meningkatkan infrastruktur bertaraf dunia dan mewujudkan keyakinan digital bagi menarik pelabur, komponen penting untuk mempercepat perkara itu adalah dengan pengambilan pekerja berkemahiran.

“Melatih pekerja berkemahiran adalah penting dalam dunia digital serba pantas memandangkan teknologi berkembang setiap hari. Bermula dengan melatih golongan muda manakala pekerja sedia ada akan terus dilatih dan meningkatkan kemahiran mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nasscom merupakan persatuan perdagangan bukan kerajaan dan kumpulan advokasi industri teknologi India.

Ditubuhkan pada tahun 1988, Nasscom beroperasi sebagai organisasi tidak berasaskan keuntungan dan berfungsi sebagai entiti utama dalam sektor teknologi India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI