fbpx

2 maut, motosikal BMW rempuh Viva buat ‘U-turn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Viva dan motosikal berkuasa tinggi jenis BMW yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Baru Kuala Besut, hari ini.

BESUT – Gara-gara sebuah kereta Perodua Viva tiba-tiba membuat pusingan U, dua lelaki maut iaitu pemandu kenderaan itu dan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam kemalangan di Kampung Baru Kuala Besut, di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 9.35 pagi itu meragut nyawa penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW, Mohd. Alfendi Che Mat Nor, 38, dan pemandu kereta Perodua Viva, Aziz Deris, 59.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kuala Besut dari Jerteh, di sini.

“Penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW yang berada di laluan sama gagal mengelak lalu merempuh bahagian pintu tempat duduk pemandu kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo!,

“Aziz meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala, manakala Mohd. Alfendi parah di kepala dan badan. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI