fbpx

Wajib buka kasut sebelum masuk kedai serbaneka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai berkaki ayam dan ‘berstokin’ ketika berbelanja. - TikTok @ammoeyy

JAKARTA – Sebuah kedai serbaneka di Nusantara, wilayah Kalimantan Timur mengundang perhatian orang ramai selepas mewajibkan pelanggan membuka kasut atau selipar sebelum masuk, lapor saluran berita Abatanews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ammoeyy, orang ramai dilihat berkaki ayam dan ‘berstokin’ ketika berbelanja di kedai itu. 

“Wajib membuka kasut dulu,” demikian menurut keterangan video itu. 

Lebih menarik, kedai itu terutamanya bahagian lantai kelihatan sangat bersih. 

Menurut perakam, kedai serbaneka itu baru dibuka dan merupakan satu-satunya di kawasan tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 852,900 tontonan bersama 26,000 tanda suka. 

“Macam masuk solat Jumaat,” kata seorang netizen. 

“Nanti masuk bau ‘kaki’,” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI