fbpx

[VIDEO] Hampir berdepan ajal terkena tayar lori ‘terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kamera papan pemuka tular di media sosial dan keadaan penunggang motosikal yang terselamat setelah terkena tayar 'terbang'.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau apabila seorang lelaki tercampak ke atas jalan raya setelah sebuah tayar tiba-tiba melayang ke arah motosikal ditunggangnya.

Kejadian kira-kira pukul 11.46 pagi semalam itu difahamkan berlaku di Simpang Taman Bukit Seputeh berdekatan pusat beli-belah Mid Valley.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial, sebuah tayar dipercayai milik kenderaan berat tiba-tiba melayang ke arah penunggang motosikal tersebut yang berada di lorong tengah.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya diikuti dengan motosikalnya berpusing beberapa kali.

Kelihatan tayar ‘terbang’ itu juga menghentam bahagian depan kenderaan pemilik video kamera papan pemuka yang turut berada di lorong tengah.

Difahamkan penunggang motosikal tersebut terselamat namun mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian termasuk kepala.

Pemilik kenderaan tersebut yang dikenali sebagai Elmi dalam ciapannya berkata, dia bernasib baik sempat mengelak mangsa tersebut ketika tercampak di hadapan kenderaannya.

“Ni ‘dashcam’ kereta aku ni, ada ‘business card’ aku atas ‘dashboard’. Semalam nasib baik aku sempat elak.

“Kalau aku punya respon teruk, mungkin tayar kereta aku dah gilis ‘brader’ tu atau tayar lori tu dah kena dekat aku.Syukur hidup lagi ‘brader’ tu dengan aku harini.

“Dia (mangsa) tanya mana spek dia. Kitorang cari atas jalan, jumpa. Bagi dia spek dia. Dia pegang spek dia, tapi dia masih tanya soalan mana spek saya tu 30 kali,” ciapnya.

Sehingga kini rakaman video itu mendapat lebih 422,000 penonton dan 756 tanda suka di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI