fbpx

[VIDEO] Final Piala FA: 109 bas penyokong JDT konvoi ke SNBJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong JDT bersemangat sebelum memulakan perjalanan ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Selangor FC di Stadium Larkin, Johor Bahru. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sebanyak 109 bas yang membawa lebih 4,000 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mula berkonvoi menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor FC, malam ini.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini sebanyak 11 bas membawa ahli Kelab Penyokong Bola Sepak JDT (Johor Fan Club) berkonvoi seawal 8.30 pagi tadi ke venue perlawanan akhir itu.

Timbalan Presiden, Mohd. Fadzli Sapie berkata, konvoi terbesar adalah dari kelab penyokong Boys of Straits melibatkan 80 buah bas yang akan bergerak daripada beberapa lokasi berbeza di seluruh negeri dan selebihnya adalah kelab penyokong bersekutu yang lain.

“Pada pagi ini, dianggarkan sebanyak 109 bas mula berkonvoi menuju ke SNBJ dengan misi yang jelas untuk memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada JDT bagi memperlahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi sejak 2022.

“Kita berharap dengan kehadiran penyokong Harimau Selatan yang ramai dapat meniup semangat juang Harimau Selatan untuk muncul pemenang sekali gus melengkapkan hatrik menjuarai Piala FA,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzli memberitahu, kemeriahan perlawanan akhir semakin terasa dan mengingatkan semua penyokong Harimau Selatan untuk menjaga disiplin dan keselamatan diri mengikut  prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Sementara itu, penyokong, Saiful Nizam Saari, 35, yakin pasukan bimbingan Hector Bidoglio mampu muncul juara dan menjulang trofi Piala FA buat tiga musim berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI