fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Tiada petunjuk di 6 ‘manhole’, SAR disambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendy ketika sidang akhbar sekitar Masjid India malam ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya tidak menemui mangsa tanah jerlus mahupun sebarang petunjuk baharu di enam lurang kumbahan yang difokuskan sekitar ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pasukan penyelamat akan menyambung semula operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu esok seawal pukul 8 atau 9 pagi di lokasi kejadian.

“Dua ‘manhole’ terakhir telah pun kita buat pencarian, siasatan termasuk juga di loji terakhir di Pantai Dalam (jarak enam ke tujuh kilometer dari lokasi), malangnya, kita tidak menjumpai sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

“Jadi setakat itu sahaja yang saya boleh bagi seterusnya sekarang kita ‘stand down’ (tangguh) dulu dan dalam masa yang sama agensi kami, polis, bomba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Indah Water Konsortium akan berbincang lagi.

“Sudah pasti, kita tak hentikan pencarian ini sehingga kita jumpa mangsa. Insha-Allah esok kita akan sambung balik pencarian dan sebarang perkembangan akan dikongsikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di lokasi kemalangan tanah jerlus hari ini.

Menurut beliau, meskipun tidak menemui apa-apa di lokasi pencarian hari ini, pihaknya akan tetap memberi perhatian pada lokasi-lokasi berkenaan.

“Kita tidak singkir (lokasi pencarian hari ini), kita tidak keluarkan daripada skop pencarian kita.

“Kita akan teruskan buat segala tindakan yang akan kita fikirkan kemungkinan mangsa berada disitu.

“Setakat ini, enam ‘manhole’ yg saya sebut pagi tadi sehingga habis tadi lebih kurang 6.30 petang kita tidak menjumpai sebarang petunjuk,” jelasnya.

Beliau memberitahu pihaknya setakat ini tidak merancang melakukan penambahan pencarian di lurang kumbahan yang lain. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI