fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Laluan sempit, risiko udara antara cabaran penyelam di ‘manhole’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozihan Anwar ketika sidang akhbar di lokasi tanah jerlus Masjid India hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berdepan cabaran dalam mencari mangsa wanita warga India yang terjatuh di sekitar Jalan Masjid India, di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) KL, Rozihan Anwar Mamat berkata, anggota yang ditugaskan memasuki saluran berkenaan perlu memakai pakaian keselamatan (PPE) yang lengkap.

Katanya, pasukannya turut berdepan pengudaraan yang berisiko serta laluan yang sempit.

“Kita tahu laluan kumbahan dia ada septik tapi kita dah buat perancangan pasukan EMRS kita sentiasa bersama pasukan, maknanya ‘diver’ (penyelam) naik, kita terus hantar ke klinik.

“Kita turunkan minimum enam, setakat ini, enam penyelam ada dengan kita, kita akan masuk kawasan secara buddy (berpasangan), secara berfasa. Kita tak buat serentak, sehingga kita rasa kawasan itu tiada target (petunjuk).

“Kita menggunakan ‘Air line system’, kita tak boleh bawa tabung individu sebab kawasan itu sempit, tabung berada di atas dan penyelam ada di dalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyertai lokasi lawatan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Operasi SAR mangsa yang merupakan warga India, Vijayaletchumy, 48, sudah melebihi 30 jam selepas terjerlus sedalam lapan meter kira-kira 8 pagi semalam.

Setakat pukul 6.45 petang ini, operasi masih diteruskan dan kini masih berbaki dua ‘manhole’ daripada enam kawasan sasaran yang diharapkan memberi petunjuk positif. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI