fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Kawasan operasi SAR diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatta (kiri), Sulizmie (tengah) ketika sidang akhbar di lokasi tanah jerlus Masjid India hari ini.

KUALA LUMPUR – Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terjerlus di Masjid India, di sini, diperluas dan pada hari ini dijangka enam lurang kumbahan akan dibuka oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Indah Water Konsortium (IWK) seterusnya meminta bantuan bomba kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Kita telah berbincang dan mengambil keputusan untuk memperluas lagi lokasi pencarian dengan membuka enam ‘manhole’.

“Kita percaya kemungkinan mangsa tersangkut atau berada di laluan ‘manhole’ yang mana pukul 10.30 pagi tadi, kita telah buka satu ‘manhole’ hadapan Wisma Yakin (100 meter dari lokasi) namun tiada sebarang petunjuk positif diperoleh,” katanya ketika sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, bomba kini menjalankan operasi kedua di Jalan Melayu seterusnya empat lokasi lain adalah di persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Agro Bank dan Bulatan Kinabalu.

Katanya, operasi SAR itu perlu dilaksanakan secara berperingkat kerana perlu mengambil kira keselamatan pasukan penyelamat serta orang awam yang berada sekitar.

“Kita juga harap semua bagi kerjasama untuk pihak berkuasa buat kerja pencarian dan saya menasihati pengunjung dan peniaga tutup sementara untuk elakkan gas yang keluar dari ‘manhole’ beri kesihatan tidak baik kepada pengunjung.

“Setakat ini, kawasan di sekitar ini adalah selamat untuk dikunjungi dan pada masa sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih buat kajian lanjutan struktur tanah sekitar,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pihaknya akan mempertimbangkan sekiranya ada keperluan teknologi serta anjing pengesan K9 kelak.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, M.Fatta M. Amin berkata, keadaan air laluan kumbahan domestik masih laju namun ia berada di paras tiga kaki.

“Seorang anggota sahaja boleh masuk kerana didalamnya penuh gas beracun dan perlu peralatan pelindung diri (PPE),” jelasnya.

Terdahulu, anggota penyelamat meneruskan pencarian mangsa di lokasi kejadian seawal pukul 9 pagi tadi.

Suami dan ahli keluarga mangsa dilihat berada di sini, sejak pukul 8.20 pagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI