fbpx

Status keahlian Tajuddin akan diputuskan Majlis Tertinggi UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) dan Tajuddin.

KUALA LUMPUR – Status keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini digantung selama enam tahun akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian susulan pertemuan beliau dengan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu pada Perhimpunanan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini semalam.

“Saya akan bawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Majlis Tertinggi untuk keputusan,” katanya ringkas selepas Lawatan Ekplorasi TVETdi Dewan Tun Dr. Ismail, WTC, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal kerana kritikan terbuka terhadap parti itu.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat MKT UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2023, Tajuddin dilaporkan sudah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun permohonannya tidak dibalas dan tidak berhasrat untuk merayu lagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan Tajuddin yang dilihat hadir ke PAU 2024 meluahkan bahawa beliau tetap menyayangi dan merindui parti itu walaupun digantung UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI