fbpx

Sarawak kini sah hos bersama Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sarawak bakal jadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

 

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang kerajaan persekutuan bersetuju untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 secara bersama dengan Sarawak.

Daripada prestasi atlet bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dan prasarana dimiliki Sarawak, Anwar percaya negeri itu sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan berkelas antarabangsa.

“Pada Sukma kali ini, tujuh rekod kebangsaan dipecahkan, 21 rekod Sukma dipecahkan. Luar biasa semangatnya, saya bagi pihak kerajaan bersetuju untuk Sarawak bersama kerajaan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2027.

“Ada keupayaan, prasarana juga baik, jadi apa susahnya Sukan SEA. Saudara Saudari mampu laksanakannya dengan baik,” katanya pada Majlis Penutup Sukma 2024 di Stadium Perpaduan, hari ini.

Sarawak sebelum ini bersetuju menjadi tuan rumah bersama bagi Sukan SEA 2027, dengan syarat majlis perasmian temasya itu diadakan di Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain itu beberapa acara juga perlu dipertandingkan di Sarawak. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI