fbpx

Remaja perempuan maut motosikal tersepit bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mangsa yang maut di Lorong She Chew Jetty, hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Lorong She Chew Jetty di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.03 tengah hari itu, mangsa, Nur Farzana Ahmad Husaini, 17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihak bomba terus ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kemalangan berlaku.

”Ketika tiba di lokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash didapati telah tersepit di bawah tayar lori tersebut.

”Mangsa yang tersepit telah dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI