fbpx

Ramli Mohd. Nor dilantik ahli MKT Orang Asli pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli Mohd. Nor.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Ramli Mohd. Nor secara rasmi telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu telah diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Ucapan Penggulungan Presiden di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

“Bagi menghargai sumbangan masyarakat Orang Asli, Datuk Ramli Mohd Nor dijemput untuk hadir ke mesyuarat MKT.

“Sejarah baru UMNO mengangkat kedudukan orang asli di dalam parti,” kata Ahmad Zahid di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Terdahulu, Ramli juga telah mencipta sejarah sebelum ini apabila telah memenangi kerusi Parlimen tersebut sebagai Ahli Parlimen pertama dari masyarakat Orang Asli pada Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI