fbpx

Pulau Pinang capai sasaran 40 pingat emas di Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad catur lengkapkan misi 40 pingat emas Pulau Pinang di Sukma Sarawak ke-21. Foto oleh AMIR IRSYAD OMAR

GEORGE TOWN – Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) 2024 Pulau Pinang berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini dengan meraih 40 pingat emas, 40 perak dan 50 gangsa pada Temasya Sukma Sarawak Ke-21.

Chef De Mission (CDM) Kontinjen Sukma Pulau Pinang, Daniel Gooi berkata, sasaran tersebut dicapai melalui kemenangan atlet catur yang berjaya menghasilkan dua pingat emas melalui acara individual blitz lelaki dan individual blitz perempuan di Dewan Jubli UiTM, Kota Samarahan.

“Kontinjen Sukma Pulau Pinang masih meneruskan cabaran untuk menambah pungutan pingat dalam acara-acara sukan akhir yang sedang berlangsung pada ketika ini.

“Kami berharap agar warga Pulau Pinang terus melaungkan sokongan padu kepada atlet-atlet yang sedang berentap untuk terus melakar kejayaan sebelum tirai penutup dilabuhkan pada malam ini,” katanya di sini hari ini.

Pada Sukma edisi ke-21, sebanyak 37 jenis sukan melibatkan 488 acara terdiri 236 acara lelaki, 217 acara wanita, 35 acara campuran dipertandingkan bagi merebut pingat-pingat emas yang ditawarkan.

Kontinjen Sukma Pulau Pinang mengambil bahagian dalam 36 jenis sukan dengan penyasaran kepada usaha untuk melombong sejumlah 40 butir pingat emas yang menjadi sasaran negeri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI