fbpx

Piala FA: Keadaan padang SNBJ ‘tip-top’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berada dalam keadaan baik menjelang final Piala FA malam ini.

KUALA LUMPUR – Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil berada pada keadaan terbaik menjelang aksi final Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor FC pada malam ini.

Keadaan cuaca yang masih cerah setakat pukul 5 petang membolehkan padang berada dalam keadaan kering ketika ini.

Bagaimanapun, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), hujan akan turun di sekitar Bukit Jalil sebelum matahari terbenan nanti.

Sebagai rekod, keadaan padang SNBJ telah dikritik hebat kerana tidak berada pada tahap terbaik sehingga menjejaskan nama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Pada aksi Pestabola Merdeka Oktober tahun lalu, PSM dikritik kerana permukaan padang dilihat masih lagi ‘mentah’ apabila rumput jenis Zeon Zoysia dilihat ‘terkoyak’ sehingga mendapat keluhan banyak pihak.

PSM sebelum ini juga turut mendapat kecaman ekoran gagal memastikan keadaan padang dalam keadaan terbaik pada final Piala Malaysia 2023 selepas berlangsungnya konsert kumpulan rock antarabangsa, Coldplay.

Situasi sama sekali lagi berlaku selepas konsert Ed Sheeran pada Februari lepas apabila padang SNBJ sekali lagi berada di tahap kurang memuaskan ketika Malaysia menjadi tuan rumah bertemu Oman pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Mac. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI