fbpx

Pembangunan Eka Heights dapat sambutan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAI Keng Wai (dua dari kiri) dan Kok Yee (kiri) bersama pengunjung yang hadir melihat ruang pameran pada acara Matrix Fiesta di Matrix Galleria, Eka Heights, Seremban hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Projek pembangunan terbaharu syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) iaitu Eka Heights menerima sambutan menggalakkan pembeli sebaik sahaja ia dilancarkan hujung tahun lalu.

Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, pembangunan bercampur yang membabitkan 10 precint itu telah berjaya menarik minat luar biasa pembeli khususnya di kawasan kediaman Eka 3 dan Eka 10.

“Eka 3 yang menampilkan 430 unit rumah bersambung (link) habis dijual sejurus selepas pelancarannya pada bulan September 2023. Begitu juga, Eka 10, yang menawarkan 237 unit, mencapai jualan penuh hanya dalam satu hari semasa acara pengundiannya.

“Kami sangat teruja dengan sambutan yang luar biasa ini, kejayaan pembangunan kami selama hampir 20 tahun di Bandar Sri Sendayan telah mewujudkan kepercayaan mendalam dalam masyarakat terhadap kami dan minat luar biasa pembeli terhadap Eka Heights ini adalah bukti komitmen kami terhadap kualiti dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada acara Matrix Fiesta di Matrix Galleria, Eka Heights di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, Eka Heights merupakan pilihan yang terbaik termasuk untuk pembeli rumah pertama bagi mendapatkan rumah impian mereka.

“Ia pilihan yang baik termasuk untuk pembeli rumah pertama malah ia juga berada di lokasi yang sangat baik dan terletak di tengah-tengah dan berhampiran iaitu bandar Seremban, Labu, Bandar Enstek dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya yang turut memberitahu pembangunan Eka Heights dijangka siap sepenuhnya antara tujuh hingga lapan tahun lagi.

Menurutnya lagi, berada dalam kawasan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0 iaitu koridor pembangunan baharu di Negeri Sembilan yang pastinya menambah nilai Eka Heights.

Eka Heights meliputi kawasan seluas kira-kira 150 hektar merangkumi pembangunan sebanyak 3,620 unit kediaman dan 25 hartanah komersial dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 500 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI